Monday, September 6, 2010

Kawan baik aku

Posted by SHIDA at 9/06/2010 09:08:00 AM
Lagi beberapa hari je lagi Aidilfitri akan tiba. Umat Islam sibuk menghabiskan duit untuk membeli persiapan raya. Kamu-kamu semua dah bersedia untuk raya?

Semalam aku beri cadangan kat Ela nak round-round KL. Nasib baik dia setuju, tapi aku terasa nasib aku yang macam kurang baik. Becoz why?Becoz kompem aku turut melaburkan duit aku kat KL tu..khokho

Dan semalam jugak adalah hari kami main nyorok-nyorok dengan promoter perfume. Lain kali boleh buat lagi yer!

"Babe, wajah ko telah di black list dan aku turut terkena tempiasnya..haha
Tapi ko mesti puas ati sebab dapat ape yg ko nak kan.."

Straight to the point..Lepas Ela isi form untuk menjadi ahli SHISEIDO, dia diberi peluang untuk di makeup secara percuma oleh makeup artist professional..hakhak
Setelah dibodek-bodek dan diayat-ayat..Pelbagai pengetahuan baru untuk makeup diperolehi.

"Akak,best la berus akak ni.."

"Ko bajet ko boleh dapat berus free ke babe?"

"Adik patut tak payah pakai spek la. Pakai la lense..Muka adik macam muka Sechaa.."

KahKahKah

"Pasni kite g beli lense hokay"

After that kitorg round kat bazar Syawal pulak (Bazar Syawal sebab jual pakaian raya). Tengah sesak-sesak berjalan, ada pulak peniaga yang dapat menarik perhatian kami. Dan mangsanya adalah aku!

Sambil gelak.."cantek babe..amik la.."

Ko nak kenakan aku kan..kan..kan..Sebab kawan aku yang sorang ni x puas hati kalau dia sorang je yang keluar duit..Walaubagaimana cara pun dia akan carik trik untuk aku keluar duit jugak. Ni la baru di katakan sahabat sejati. I LAP U la babe..
Yang penting, sesak macam mana pon GAYA ITU PENTING.



Setelah penat berjalan, menempuhi kesesakan lalulintas manusia, kami keletihan. Nak jalan pon x lalu dah. Destinasi terakhir adalah kedai tudung. Ada pulak satu kerusi kat kedai tu. Ela dengan muka yang penat (cuma aku x pasti muka ikhlas penat ke tak) mintak izin duduk kat kerusi malas yang ada.

"Kak,tumpang duduk yer..Adoiii..penatnya.."

Setelah aku siap membayar,kami telah bersedia untuk keluar dari kedai itu.
Cuma satu part je yang aku rasa kalau boleh undur masa,aku xnk bersedia langsung mendengarnya.

Ela : Kak, terima kasih yer..

Akak penjual : Sama-sama. Selamat ari raya. Lembut je anak dara ni..

Aku pusing belakang dan terus memandang muka Ela.



Handnote : Babe,nanti kalau nak tukar jangan lupakan aku k. Awal tahun depan kan..khokho

sumber pixca : inchik google

0 comments:

Post a Comment