Friday, September 3, 2010

6 Cemerlang

Posted by SHIDA at 9/03/2010 06:03:00 PM
Bila aku tengok student-student kat sekolah aku, teringat aku masa darjah 6. Kisah tu aku takkan lupakan sampai bila-bila. Masa darjah satu,aku bersekolah di Shah Alam. Apabila darjah 4,aku berpindah rumah dan bersekolah di Selayang. Kat bawah ni lah lencana sekolah aku dari darjah 4 hingga darjah 6.


Kisah 6 Cemerlang. Aku paling takut dengan cikgu Matematik aku. Beliau adalah seorang yang amat garang, misai melentik, suara lantang plus garau sama dengan nyaring. Sekali dia menjerit,bergegar satu sekolah. Beliau berasal dari Kedah. Dan sebab beliau lah aku tidak suka orang Kedah sebab aku rasa mereka terlalu kasar. Ini lah yang diibaratkan 'kerana nila setitik,rosak susu sebelanga'. Hanya kerana beliau!

Tapi bila aku futher study after SPM,kawan-kawan aku kebanyakannya dari Utara. Aku suka kawan dengan diorang. So aku tukar balik persepsi,bukan semua orang Utara kasar. Khokhokho

Berbalik kepada kisah 6 Cemerlang dan kisah beliau. Setiap kali sebelum masuk kelas, aku dan rakan-rakan sekelas wajib hafal sifir. Bila subjek Matematik, semua kena berdiri atas kerusi. Dapat jawab soalan, baru boleh duduk. Bila tak dapat jawab, keluarlah pelbagai perkataan *&^%$ dari mulut beliau. Ye, beliau amat garang. Aku takut!!

Dan sebab aku terlalu takut dengan beliau, aku buat perkara yang aku rasa sangat bijak. Rupanya tidak. Nanti dulu! Aku perlu kenalkan siapakah beliau itu. Beliau adalah Cikgu Johari. Cikgu Matematik aku.

Ok, berbalik kepada idea yang aku bajet adalah sesuatu idea bernas.

Lokasi : Kelas 6 Cemerlang (tingkat atas sekali)
Situasi : Kelas bising sebab Cikgu Joe belum masuk

Tup tap tup tap..

"Wei,cikgu datang..cikgu datang"

Semua budak-budak(termasuk aku la) berlari ke tempat masing-masing dan secara automatik keluarkan buku latihan Matematik.

"Alamak!Mana buku aku ni?"

Tengok dalam beg takde..Tengok bawah meja takde..Tengok kat meja sebelah meja aku pon takde..Tengok dalam beg budak sebelah aku pon takde..

"Abis la aku.."
Sambil kesat peluh dan betulkan tudung.

Tiba lah masa Cikgu Joe round satu kelas nak pastikan masing-masing bukak buku.Aku?Nak bukak buku apa ni?Kebiasaan Cikgu akan round bermula dari belakang. Aku semakin kedinginan dengan peluh. Tangan menggigil. Jantung berdegup kencang. Aku hanya menundukkan kepala kononnya memberi tumpuan sepenuhnya kepada buku yang aku bukak.

Tiba-tiba bayang-bayang hitam ada di depan aku. Aku takut untuk memandang ke atas. Duppp..Dupp..Dup..DupDupDup (Bunyik jantung aku)

"Kahkahkahkah"

Suara Cikgu Joe gelak tu! Apsal dia gelak?Depan aku pulak tu..



Adoiiii!!!!
Sakit gile kena piat dengan beliau!!


Terima kasih Cikgu Johari. Sebab cikgu la saya minat sangat dengan Matematik. Dan sebab kenangan ni jugak saya sapat A1 untuk Matematik SPM


Handnote : Kepada sahabat-sahabat dari Utara, aku sayang kalian semua..:P


0 comments:

Post a Comment