Monday, August 30, 2010

Kereta Mewah vs Kereta Kurang Mewah

Posted by SHIDA at 8/30/2010 11:28:00 AM 3 comments
Malam tadi aku teman cik Rean hantar cousin die kat UiTM Shah Alam..Agak banyak jugak kereta di sekitar Shah Alam..Senang cite malam tadi memang banyak kereta di sepanjang perjalanan la.

Masa on the way nak ke UiTM, cik Rean telah dipintas oleh sebuah kereta mewah.Rupanya kereta tu pon mahu ke tempat yang sama, "UiTM Di Hatiku".

Ok la,straight to point..Aku rasa x puas hati bila guard tahan kereta yang dinaiki oleh kami-kami tapi kereta mewah tadi tak ditahan pon. Nak kata seseorang kat UiTM tu tapi yang drive nye muda je.

Aku : Apsal kereta tu tak kena tahan?Ada sticker ke?

Rean
: Biasa la..Kereta mewah..Mana2 pon lepas..


Tu la dia, hanya membawa kereta mewah dah dibeza-bezakan kepentingannya..Manusia-manusia. Lepas ni aku pon nak bawak kereta mewah dan besar.. Biar takde siapa berani tahan aku. Haha

Kereta mewah insan tersebut




Kereta kurang mewah kawan aku




Bakal kereta aku yang mewah lagi besar..Miahahaha




* kereta idaman aku Honda Accord 2.4..ngeeeee:D~

Sunday, August 29, 2010

Update blog..

Posted by SHIDA at 8/29/2010 08:35:00 AM 1 comments
Aku baru online dgn Zulaikha.



Z : U x hapdate blog ke?

Aku : Xde idea la nak update.



Jap..jap..





Jap la..

Arghhhh...memang xde idea..Len kali la update..

Friday, August 13, 2010

Semut

Posted by SHIDA at 8/13/2010 08:39:00 AM 0 comments

Ari ni aku nak cerita pasal semut.Setiap pagi time nak mandi mesti aku memerhatikan semut yang lalu lalang di dinding bilik air rumah atok aku(sebenarnya aku dok termenung kalau la ada air panas untuk di buat mandi)

Semut-semut tersebut mesti akan menyapa antara mereka setiap kali berselisih. Kalau kita sebagai manusia amalkan perkara begitu, agak-agaknya kita akan dipandang serong tak?Ye la, menyapa orang yang tidak dikenali.

Tapi pagi tadi aku termenung lagi memerhatikan semut-semut tersebut. Ada seekor semut yang agak lintang pukang. Setiap kali selisih dengan semut-semut lain, beliau mesti melarikan diri. Seperti seekor pesalah. Adakah beliau pernah menculik semut betina?

Malam tadi aku baring depan tv sambil memerhatikan siling rumah atok aku. Aku terfikir. Mengapakah setiap kali aku balik dari kerja, mesti banyak arwah-arwah semut bergelimpangan di lantai. Untuk pengetahuan semua, siling rumah atok aku agak tinggi sebab dulunya rumah tu dua tingkat tetapi kini telah di renovate menjadi satu tingkat.

Menjadi persoalan difikiran aku. Semut-semut tersebut mati kerana adakah keadaan cuaca yang amat panas, sudah mati awal-awal di atas dan jatuh ke lantai atau semut-semut tersebut kepanasan kakinya dan jalan sambil angkat-angkat kaki lalu tidak dapat mengawal keseimbangan badan lalu jatuh dan mati?Uishh..agak tinggi siling rumah atok aku tu, kalau manusia yang jatuh boleh patah riuk tulangnya.

Monday, August 2, 2010

Jatuh chenta pertama kali..

Posted by SHIDA at 8/02/2010 04:22:00 PM 0 comments


Semalam aku g jog ngan Nour Rean..Die sangat suka dengar XFM..So aku akan dengar lagu2 yang jarang aku dengar..Sebab aku kan layan SINAR..haha

"best lagu ni..Cuba ko hayati lirik die"

Memang lirik die buat aku tersenyum..Tersenyum sorang-sorang..ngehhh :D~

LIRIK LAGU KEKANDA ADINDA – MONOLOQUE & ATILIA


Verse_1
(P) Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi..
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..

Chorus_1:
(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera,
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata,
(P) Dinda belum bersedia,
(L) Kanda dah beria ria,
(P) Jadi yg mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

Verse _2:
(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

Chorus_2
(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,
(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,
(L) Ini semua demi masa depan keluarga,
(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?
(L) Kanda kerja malam,
(P) Dinda kerja siang,
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

Bridge:
(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?

Verse-3
(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

Chorus_3
(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
(L) Kanda polar kutub Utara,
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

coda*
(L) Walau kita sering dgn cara masing2,
(P)Kanda yg Perdana,
(L) Dinda yg Utama,
(P)Kanda sgalaNya..
(L) Dindalah Nyawa,
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!


Nak dengar lagu die?







Monoloque & Atilia - Kekanda Adinda [promo].mp3

AJiq..Ajiq

Posted by SHIDA at 8/02/2010 11:12:00 AM 0 comments
Weekend aku yg lepas dipenuhi aktiviti bersama dengan keluarga. Jogging, shopping, breakfast, lunch n dinner..

Shopping : Aku dapat hadiah camera dari mama - Olympus FE4020, thanx mama..i love u..

Dinner : Legend Hotel - bersebelahan ngan PWTC..haishhh..pegi tgk tilawah al-quran lg berpaedah kan..haha

Lunch : Aku masak spegeti..Aku ingat abah xreti nak makan..Bila aku tgk die tambah lagi..Terlintas dalam hati.."sedap ke aku masak?"

Tapi aku nak share benda lain..ayat poyo dari seorang budak lelaki yg poyo..Ajiq a.k.a Si Kontoi




*sila fokus pada tuala di leher budak ni

Sebelum makan, budak ni pergi ke dapur untuk mengambil tuala.. Dengan selamber die kibas2 tuala tu dan letak kat leher die.. Aku terkesima dengan kelakuannya..


Abah : Kenapa Ajiq pakai tuala kat situ?

Ajiq : Nampak macam orang kaya..
(sambil menguyah..muka xde perasaan)