Friday, August 13, 2010

Semut

Posted by SHIDA at 8/13/2010 08:39:00 AM

Ari ni aku nak cerita pasal semut.Setiap pagi time nak mandi mesti aku memerhatikan semut yang lalu lalang di dinding bilik air rumah atok aku(sebenarnya aku dok termenung kalau la ada air panas untuk di buat mandi)

Semut-semut tersebut mesti akan menyapa antara mereka setiap kali berselisih. Kalau kita sebagai manusia amalkan perkara begitu, agak-agaknya kita akan dipandang serong tak?Ye la, menyapa orang yang tidak dikenali.

Tapi pagi tadi aku termenung lagi memerhatikan semut-semut tersebut. Ada seekor semut yang agak lintang pukang. Setiap kali selisih dengan semut-semut lain, beliau mesti melarikan diri. Seperti seekor pesalah. Adakah beliau pernah menculik semut betina?

Malam tadi aku baring depan tv sambil memerhatikan siling rumah atok aku. Aku terfikir. Mengapakah setiap kali aku balik dari kerja, mesti banyak arwah-arwah semut bergelimpangan di lantai. Untuk pengetahuan semua, siling rumah atok aku agak tinggi sebab dulunya rumah tu dua tingkat tetapi kini telah di renovate menjadi satu tingkat.

Menjadi persoalan difikiran aku. Semut-semut tersebut mati kerana adakah keadaan cuaca yang amat panas, sudah mati awal-awal di atas dan jatuh ke lantai atau semut-semut tersebut kepanasan kakinya dan jalan sambil angkat-angkat kaki lalu tidak dapat mengawal keseimbangan badan lalu jatuh dan mati?Uishh..agak tinggi siling rumah atok aku tu, kalau manusia yang jatuh boleh patah riuk tulangnya.

0 comments:

Post a Comment