Saturday, June 25, 2011
Datang kembali?
Thursday, June 23, 2011
Tido ke Mati..Ke tido mati?
Heaven tak? Hahaha
Sumber : Encik Google
Tuesday, June 21, 2011
Aku geram ni!
Tazkirah di tengahari
Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?
Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati.
Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?
Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya.
Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:
Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah, wahai hati.
Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita?
Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja?
Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah? Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita? Layakkah hati-hati ini mendapat syurga milik Allah SWT?
sumber : iluvislam.com
Sunday, June 19, 2011
Siput..
Tuesday, June 14, 2011
Ingatan untuk diri sendiri..
Tersebut la kisah....~
Friday, June 10, 2011
Penangan Nora Elena
Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya
TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya
Tuan,
Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena
Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.
i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?
ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!
iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.
iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess
v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha
vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..
vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati
"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan
3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana
Sekian,
"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"
( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya
Thursday, June 9, 2011
Keinginan :)
Nak tak kawan2?Hehehe
Meh kita jawab soalan kat bawah ni ek..
a) shida - memang nama ni dipanggil sejak kecil lagi sampai la ke sekarang..Aku kenalkan diri pon dengan nama ni jugak..
b) adik - panggilan kat rumah oleh mama & abah..Sampai bila Ajiq wujud, sometimes abah tersasul gak panggil..Tapi aku still xleh nak tukar sebutan yang kuar dari mulut aku bila bercakap ngan diorg..ADIK..haha..Sampai Ajiq tego la..Ajiq kan adik, nape abah panggil kakak,adik..No comment..Haha
c) gurlz - Ni gelaran aku dlm dunia cyber..Waktu dolu2 la..Time aku hangat di pasaran..Mode perasan : ON.
d) cda - gelaran ni aku yang cipta sendiri..Sebab nama aku Siti Rasidah. So bila aku nak tulis nama pendek, dengan malasnya aku just letak hurup C D A
e) cdot - Ha, nama yang paling x bole blah..Ela punya pasal la ni..Terus lekat sampai sekarang.
a) Pagi, pegi keja..Biasa la..masuk pukul 10..Setan besar punya gayut kat mata..Lepas Subuh, aku amik kesempatan tutup mata balik..Dapat setengah jam pon jadi la..Haha
b) Petang, balik keja..Sampai umah terus g dapur bukak periuk carik makanan..Lapar wooo..Kat tempat keja x sempat makan..
c) Camne ntah semalam petang aku bole tetido..Ke aku sengaja nak tido kot..Sebab biasanya klau aku nak tido aku akan baca something (biasanya novel). Petang semalam aku baca novel, tup2 bangun dah pukul 8 (tangki bocor,so xyah risau masuk waktu la..Hehe)
d) Pukul 8 lebih aku kuar g Mydin..Beli barangan yang aku nak beli..Hujan lak tu..Tapi ada story la pulak pasal mlm tadi..Takpe la..Nanti aku buat entry lain.
e) Gayut ngan Encik Minyak...Ngeeeeeeeeee :D
a) 5 Mac - Besday aku..Sama ngan "kenangan"..Mode bertukar :(
b) 27 Februari - Besday Ajiq..Ahhhhh, tetiap tahun nak celebrate besday dia..Mana aci..Huwaaa
c) 8 Februari - Besday abah. Biasanya time tarikh ni aku, mama saje wat2 lupa..Tup2 malam ada kek/KFC/Pizza
d) 24 Disember - Besday mama. Aku selalu wish je kat mama..Kekadang datang time rajin aku take over tugas dia.Memasak untuk satu hari pada hari tersebut. Aku nak bagi hadiah, xtau nak bagi apa..Sebab mama aku penah mintak hadiah dari abah aku.."Abah, minggu depan harijadi mama..Taknak belikan hadiah ke?Mama nak rantai emas yang besar tu tau.."..Ha..See...aku rasa aku x mampu kot nak bagi hadiah kat mama..Hahaha
e) 1 Jun 1996 - Cantikkan tarikh ni? Tarikh pertukaran hormon aku..Dari kanak2 kepada remaja..Hehehehe
a) Bila dapat hadiah..Tak kira la hadiah besday ke..Hadiah sebab dapat 3A 1B ke..asalkan hadiah..Best..best..best..Aku rasa macam nak mintak hadiah lak tapi xtau atas alasan ape..Haha
b) Bila bopren semasa kol..Bopren semasa tu means sape2 yang tengah jadi bopren aku la..Haha
c) Bila aku banyak duit sebab aku nak pegi shopping..Tapi bila aku nak banyak duit?
d) Bila aku baca novel kawen paksa..Sebab dalam novel2 yang camtu ada part yang lomentik2..Buat aku senyum sorang2..Ngeee :D
e) Outing ngan kawan2..Gelak2..Makan2..Minum2..Borak2..
a) Aku baru lepas baca satu blog, diorg men tag2..So aku teringin gak nak tag.
b) Sebab waktu rehat aku duduk depan pc.
c) Sebab aku nak update blog aku tapi xtau nak story apa
d) Sebab aku teringin nak jawab soalan..Kalau dah keinginan tak tercapai, nanti kecewa pulak.
e) Sebab keadaan kat cni terlalu sejuk..So aku kena eksesais jari2 aku dari menjadi beku.
Ela - Sebab dia xtau nak update ape kat blog dia. Kalau dia jawab soalan ni, kira terupdate gak la blog dia kan.
Rean - sebab dia rajin update blog dia.
Cat - Sebab dia salah sorang yang rajin baca blog aku bila aku update..(Yer ke?).
Ika - Saja nak tag nama budak ni sebab dia pon rajin gak berblogging.
lagi sorang tak tau nak tag sape sebab bukan ramai pon kawan2 aku yg berblogging..Kepada rakan2 blog ku sekalian, anda pon bole jawab jugak..Hehe
Wednesday, June 8, 2011
Ayam Dan Itik
Asal cakap pasal raya mesti orang tanya.."Puasa ganti dah habis ke?"
Ofkos la dah habis, aku kan rajin..Dalam bulan Syawal aku dah ganti tau..
Bila sebut pasal raya jugak, mesti orang akan kaitkan dengan rendang ayam..Sedapkan..Nyum nyum..
Mama aku kata raya ni nak sembelih ayam yang abah aku bela kat belakang umah..Jangan x percaya, depan macam
Ekteli aku nak story pasal benda lain..Tak pasti ia berkaitan dengan tajuk ke tak..
Tadi ada sorang student foreigner speaking ngan aku..Kira aku ni boleh la nak faham english tapi nak reply balik tu tak berapa fluent tapi bole la..
Masalahnya sekarang, foreigner tu yang cakap ntah apa2..Konon macam fasih sangat..
Dia bole tanya balik kat aku..
"U blablabla english?" (sambil buat muka riak)
Korang tau nape aku tulis BLABLABLA?
Serius,aku mmg tak dengar apa yang dia sebut..Samada dia just sebut U and english je atau aku memang x faham Bahasa Inggeris?