Thursday, May 27, 2010

Menyusahkan!!

Posted by SHIDA at 5/27/2010 01:17:00 PM 0 comments
Mlm tadi aku kol abah aku sambil marah-marah. Tapi aku bukan marah abah aku. Aku marah kat SYABAS!! Syabas sebab berjaya buat aku marah!
Tanggal..berapa haribulan yer. Aku pon tak ingat. SYABAS telah menukar meter paip rumah atok aku. Ok la, tukar baru siapa tak suka kan? Esoknya bila aku keluar tengok meter tersebut, air meleleh-leleh. Ni yang hangin ni. Dengan lembut hati aku telefon SYABAS kerana mahu membuat aduan. Ok la,wanita yang menjawab panggilan aku pon sopan santun menerima aduan aku.

Bila sampai masa, orang yang dipertanggungjawabkan untuk datang ke rumah atok aku telah menelefon aku untuk bertanyakan lokasi. Tidak lama kemudian, orang tersebut menelefon aku kembali dan mengatakan merekan tidak boleh membaiki kebocoran yang berlaku. What The Hell! Yang aku bengangnya, sebelum ni tak tukar meter, takde pon air nak menitik-nitik. Tapi ni bukan menitik, terus terpancut!

Bila dah jadi macam tu, kena la aku sentiasa bukak tutup paip kat meter tu sebab nanti bil menlambung pulak. Nampak sangat SYABAS jeles dengan atok aku sebab setiap bulan air free. Yer la, penggunaan air tak tinggi. So tak payah bayar la kan.

Masalahnye sekarang, SYABAS dah menyebabkan aku marah. Dah la paip dalam bilik air rumah atok aku paip terus, bukan guna tangki. Aku nak berak pon susah la weeeeeiiii..MENYUSAHKAN!!!!

Tuesday, May 25, 2010

Kena Tinggal?

Posted by SHIDA at 5/25/2010 08:58:00 AM 2 comments
Pagi ni aku dengar Sinar.fm (Radio No.1 Di Malaysia). Pernah Kena Tinggal topiknya. Aku teringat kisah aku di Pahang suatu masa dahulu.

Aku tak berapa nak ingat masa tu majlis perkahwinan sepupu aku yang mana satu. Tak payah cerita la kan perjalanan majlis beliau. Cuma aku nak cerita yang berkaitan dengan topik di Sinar.fm.

Masa tu aku dan keluarga telah beriap-siap untuk pulang ke KL. Semasa bersalaman dengan saudara-mara, abah aku tercinta pergi mengambil kereta yang agak jauh jaraknya dari rumah makcik aku itu. Bila barang-barang telah dimasukkan ke dalam kereta, mama aku dan adik aku pon naik kereta. Masa aku nak masuk ke dalam kereta, baru aku teringat ada benda tertinggal. So aku tutup pintu kereta dan masuk ke dalam rumah kembali. Bila aku keluar dari rumah, aku tengok kereta abah aku dah takde!!!!!!!

Aku terpinga-pinga sambil bertanya kepada saudara-mara yang ada di depan rumah.

"Abah mane?Abah mane?"

Dengan muka yang merah padam, aku telefon abah aku. Oh tidak! Dia dah sampai kat simpang depan. Bila dia dah patah balik, aku masuk kereta. Diorang gelak-gelak dalam kereta. Lagi merah la muka aku.

Aku : Yang abah g jalan dulu nape?

Abah : Abah ingat ko dah naik.

Aku : Takkan la x rasa kereta tu ringan!

Abah : *Gelak*

Kalau Pahang tu sebelah rumah aku, aku tak kisah la kena tinggal pon!!

Sunday, May 23, 2010

Iwan AF8 - V.I.P

Posted by SHIDA at 5/23/2010 03:03:00 PM 0 comments


Lirik Lagu VIP - Iwan AF8

Kau takkan percaya apa yang ku dengar
Khabarnya kau dah kecewa
Dengan diri ku yang tak luangkan masa
Masa bercengkerama bersama mu

Korus:
Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya dirimu seorang

Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu oh oh...
Biar pitih hatiku

Mungkin ku tak arif memahamkan cinta
Ku sangka kau bisa faham
Ku sedar cara ku tidak cukup mesra
Masa bercengkerama bersama mu

Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Biar pitih hatiku 2x

Walau tidak bersama engkau selalu di hatiku 3x

Kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Biar pitih hatiku 2x

Maulana AF8 - RSVP

Posted by SHIDA at 5/23/2010 02:58:00 PM 0 comments



Maulana - RSVP Lirik

Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan…
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya

Tapi di dalam realiti belum pasti
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah

Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)

Daus AF8 - Kenapa

Posted by SHIDA at 5/23/2010 02:56:00 PM 0 comments


Daus AF8 - Kenapa

Tubuhku menggeletar…
Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Ku jatuh hati padamu…
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka ‘Yang terbaik dari ladang’
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa? (ulang)

Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Shahir AF8 - Kebahagiaan Di Dalam Perpisahan

Posted by SHIDA at 5/23/2010 02:49:00 PM 0 comments


Kebahagiaan Di Dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Adira - Ku Ada Kamu

Posted by SHIDA at 5/23/2010 02:42:00 PM 0 comments



Lirik Lagu Ku Ada Kamu - Adira AF8

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Komen dari pengkritik depan TV.

Posted by SHIDA at 5/23/2010 12:39:00 AM 0 comments
Lepas aku baca blog Dila, aku pon nak komen jugak :

TEMPAT KELIMA:

Ewan
aku mmg dah target die dapat no 5.Aku rasa single die nanyi dlm VC lg best dari live


TEMPAT KEEMPAT :

Maulana
aku rasa die x layak no 4 sebab aku target die out masa Ain diumumkan terkeluar.Aku pon xtau nape aku bole tulis camni tp ni mmg dari luahan ati aku..so,jgn marah hokayy..Aku mmg target Ain yg pergi ke final sbb dari konsert prelude aku dapat rasakan suara Ain mcm suara penyanyi antarabangsa berkulit hitam.Serak2 basah gitu..


TEMPAT KETIGA :

Daus
aku x kisah la sape dapat no 3.


TEMPAT KEDUA :

Adira
aku x sangka camne die bole dapat no 2,sbb aku bayangkan die no satu.Alasan,die org Sabah.Undian mmg kuat.Tp terbukti peminat dah pandai memilih artis berbakat bukan kenegerian.


TEMPAT PERTAMA :

Shahir
aku tepok tangan sambil melompat dan menjerit hoyeahhhh.Adakah aku suka?Jangan jawab.



Yang menjadi tanda tanya sekarang ni. Adakah pelajar2 AF tahun ni beruntung sebab dapat pengetua yang kaya raya yang mempunyai studio sendiri?
Yang menjadi tanda tanya jugak,siapakah pencipta lirik dan pencipta lagu untuk finalis2 AF tahun ni? (aku x prasan pengacara ada umumkan or ada sebut dalam diari mingguan)
Yang menjadi tanda tanya lagi sekali, adakah VC2 finalis dan Ain terhasil lebih awal sebelum mereka keluar dari akademi atas tajaan KRU?

Yang aku perasan, di setiap VC mereka tertulis Astro Entertainment/KRU Studio

Thursday, May 20, 2010

Gatal Nak Mampos!!Teettttttttttt

Posted by SHIDA at 5/20/2010 09:13:00 PM 2 comments
Aku rasa macam nak bercerita panjang hari ni.

Tadi,ada sorang kawan chat(aku pon tak kenal siapa dia,layan ja la) call.Sambil bercakap dengan dia, aku menguap.Boleh bayangkan tak?

KC : Ishh, U ni..menguap..besar bukak mulut.

Dia nampak kah mulut aku ni?Aku bukan 3G dengan dia pon.

Aku : Eh, I menguap tutup mulut dengan tangan. U nampak ke mulut I terbukak luas?

KC : Ada seorang perempuan bercakap dengan I. And than dia menguap. Ooopps, terus dia cakap "Alamak, I lupa nak tutup mulut I" (tutup dengan tangan). Dia kata klau orang lelaki tengok mulut seorang perempuan terbuka luas, itu bermakna 'tu' pon besar.

Aku : So, ade I kesah?Dah..dah..x perlu nak cakap kat I benda2 camni..Ok la..I nak solat..Bubye.

KC : Ok, bubye.

Gatal betol mamat ni!!



Siang tadi aku mesej dengan TL aku. Dia cakap dia tengah kumpul duit. Tahun depan insyaallah jadi. Aku???Berbunga riang.Yahooooo!!!

Aku pulak yang rasa aku gatal.



Paaapppp!!!!
Adoi la nyamuk ni.Apsal gigit kaki aku?Gatal Nak Mampos!!!

* Blank *

Posted by SHIDA at 5/20/2010 09:21:00 AM 0 comments
"X Kenal Maka X Chenta, Dah Kenal Macam Celaka"

Aku suka stetment ni..
Mmg kewl..

Dah lama x update blog.
Xtau nak type pe.

Wednesday, May 12, 2010

Sedih sgt..:(

Posted by SHIDA at 5/12/2010 06:02:00 PM 1 comments
Aku dah ckp kat mama aku weekend ni x blk KL..
Bz,ade kja..
Td meeting dari pkl 9 sampai pkl 1..
Kitorang dah decide..
Weekend ni..


X jadi wat aktiviti..



YAHOOOOOOO!!!!


Indah khabar dari rupa ke tajuk post ni?


Jangan jawab.
Senyum je..:)




PERHATIAN kepada yang berkenaan!!
Sila ikut sy pergi SOGO weekend ni.

Erkk~
Aku suruh sape beri perhatian ni?

Monday, May 10, 2010

Ratu Air Mata Sudah Kembali

Posted by SHIDA at 5/10/2010 12:43:00 PM 0 comments
Jumaat : Nanges

Sabtu : Nanges

Ahad : Sakit kepala sebab NANGES

Isnin : dah nak NANGES dah ni!!!!

Ya Allah..

Thursday, May 6, 2010

Nak letak tajuk pe ni?

Posted by SHIDA at 5/06/2010 04:17:00 PM 2 comments
Wahai KAWAN AKU yang bangang(Ela yang gelarkan camni).


Ela : bangang btol la kawan ko ni.

Aku : sape?

Ela : sape lagi AKU la.

Aku : nape ko kata AKU bangang?

Ela : yer, kawan baik ko tu.

Blablabla. Xyah la sambung cite.



Ape yg cuba aku tekankan?
Cuba anda sume pikir, sape yg bangang dalam kisah ni?

Terlajak perahu boleh di undur,
Terlajak kata?

Jawap sendiri.

Wednesday, May 5, 2010

Misunderstood

Posted by SHIDA at 5/05/2010 04:45:00 PM 0 comments
Seorang cekgu pompuan masuk ke opis.
Sebab pe ntah..ADE AKU KESAH.. ~~ tgh layan fesbuk + ym = gelak2 sampai urat perut sakit
Bile cekgu tu kuar,PT KUP bersore..

PT : Tadi tu menantu 'agong'..

"Menantu agong kja kat sek cina yg terletaknye agak pendalaman ni ke?"

Aku : Ha, yer ke?

"Aku rasa anak agong kecik lg..blom pandai bercinta rasanya"

PT : Ha'ah,bapak metua die 'agong'..
Aku : Btol ke ni? ~~ Tgh konpius gile babeng punye
PT : Iyer,bapak metua nama AH GONG


Demmmmm..