Tuesday, May 25, 2010

Kena Tinggal?

Posted by SHIDA at 5/25/2010 08:58:00 AM
Pagi ni aku dengar Sinar.fm (Radio No.1 Di Malaysia). Pernah Kena Tinggal topiknya. Aku teringat kisah aku di Pahang suatu masa dahulu.

Aku tak berapa nak ingat masa tu majlis perkahwinan sepupu aku yang mana satu. Tak payah cerita la kan perjalanan majlis beliau. Cuma aku nak cerita yang berkaitan dengan topik di Sinar.fm.

Masa tu aku dan keluarga telah beriap-siap untuk pulang ke KL. Semasa bersalaman dengan saudara-mara, abah aku tercinta pergi mengambil kereta yang agak jauh jaraknya dari rumah makcik aku itu. Bila barang-barang telah dimasukkan ke dalam kereta, mama aku dan adik aku pon naik kereta. Masa aku nak masuk ke dalam kereta, baru aku teringat ada benda tertinggal. So aku tutup pintu kereta dan masuk ke dalam rumah kembali. Bila aku keluar dari rumah, aku tengok kereta abah aku dah takde!!!!!!!

Aku terpinga-pinga sambil bertanya kepada saudara-mara yang ada di depan rumah.

"Abah mane?Abah mane?"

Dengan muka yang merah padam, aku telefon abah aku. Oh tidak! Dia dah sampai kat simpang depan. Bila dia dah patah balik, aku masuk kereta. Diorang gelak-gelak dalam kereta. Lagi merah la muka aku.

Aku : Yang abah g jalan dulu nape?

Abah : Abah ingat ko dah naik.

Aku : Takkan la x rasa kereta tu ringan!

Abah : *Gelak*

Kalau Pahang tu sebelah rumah aku, aku tak kisah la kena tinggal pon!!

2 comments:

MENtega TerBANG on May 27, 2010 at 1:43 AM said...

yeke awk?
sgt lawak oke~
miahahahahaha
*bguling2 sy bc

SHIDA on August 29, 2010 at 5:08 PM said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment