Thursday, May 27, 2010

Menyusahkan!!

Posted by SHIDA at 5/27/2010 01:17:00 PM
Mlm tadi aku kol abah aku sambil marah-marah. Tapi aku bukan marah abah aku. Aku marah kat SYABAS!! Syabas sebab berjaya buat aku marah!
Tanggal..berapa haribulan yer. Aku pon tak ingat. SYABAS telah menukar meter paip rumah atok aku. Ok la, tukar baru siapa tak suka kan? Esoknya bila aku keluar tengok meter tersebut, air meleleh-leleh. Ni yang hangin ni. Dengan lembut hati aku telefon SYABAS kerana mahu membuat aduan. Ok la,wanita yang menjawab panggilan aku pon sopan santun menerima aduan aku.

Bila sampai masa, orang yang dipertanggungjawabkan untuk datang ke rumah atok aku telah menelefon aku untuk bertanyakan lokasi. Tidak lama kemudian, orang tersebut menelefon aku kembali dan mengatakan merekan tidak boleh membaiki kebocoran yang berlaku. What The Hell! Yang aku bengangnya, sebelum ni tak tukar meter, takde pon air nak menitik-nitik. Tapi ni bukan menitik, terus terpancut!

Bila dah jadi macam tu, kena la aku sentiasa bukak tutup paip kat meter tu sebab nanti bil menlambung pulak. Nampak sangat SYABAS jeles dengan atok aku sebab setiap bulan air free. Yer la, penggunaan air tak tinggi. So tak payah bayar la kan.

Masalahnye sekarang, SYABAS dah menyebabkan aku marah. Dah la paip dalam bilik air rumah atok aku paip terus, bukan guna tangki. Aku nak berak pon susah la weeeeeiiii..MENYUSAHKAN!!!!

0 comments:

Post a Comment