BAHAN A
Pasta (Makaroni / Spiral)
Sedikit minyak
Sedikit garam
BAHAN B
400g daging cincang (nak guna ayam pon boleh)
1/2 bawang besar dicincang
Sos spegetti/bolognese
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa
Lada benggala
Cendawan butang
100g cheese (mozarella)
SOS PUTIH
2 t/s butter
2 t/s tepung gandum
1 cawan susu segar
Sedikit air
2 biji telur (dipukul)
Cara Memasak
-Untuk bahan A, pasta direbus dalam air mendidih yang telah diisi sedikit minyak dan garam.
-Untuk bahan B, tumiskan bawang besar kemudian masukkan daging cincang.
-Setelah daging hampir masak, masukkan sos spegeti ke dalam periuk. Masukkan air sedikit jika kuah terlalu pekat.
-Biarkan sampai mendidih.
-Kemudian masukkan lada benggala, cendawan butang, etc ke dalam periuk.
-Kacau kuah dan biarkan ia mendidih.
-Untuk SOS PUTIH, panaskan butter dan masukkan tepung. Kacau supaya tak berketul.
-Masukkan campuran susu dan telur. Kacau supaya tidak berketul.
-Masukkan sedikit cheese dan kacau rata.
Cara Bakar
Letak pasta dahulu dibahagian bawah sekali dan kemudian diselangkan dengan kuah sos dan sos putih dan kemudian tabur mozarella.
Selamat mencuba!!!!
0 comments:
Post a Comment